Bendera Negeri Sarawak
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan
rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta
mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina
Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning menggambarkan keagungan
Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta kestabilan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti
minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi
memajukan rakyatnya.
Bintang pecah sembilan yang berwarna kuning melambangkan sembilan
bahagian di mana rakyatnya tinggal dalam harmonis. Simbol bintang juga
merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk
meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.