Jata Negeri Selangor
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi
yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan
pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh
pahlawan-pahlawan zaman dahulu.