Ibu Negeri Sabah

Ibu Negeri Sabah

Kota Kinabalu (atau lebih dikenali sebagai "KK"),[2][3] merupakan bandar keenam dirasmikan bagi Malaysia di timur pada tahun 2000, memerlukan kira-kira 3 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Dahulunya dikenali sebagai Jesselton, ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan. Gunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini namanya, berada berdekatan KK, sementara Taman Tunku Abdul Rahman, kawasan perlindungan kehidupan liar, terletak di sini. Sehingga tahun 2010, Kota Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk manakala kawasan daerah Penampang yang juga meliputi kawasan bandar ini mempunyai kira-kira 176,667 orang.[1] Jika dijumlahkan, jumlah populasi metro adalah 628,725. Kota Kinabalu juga merupakan bandaraya ke sepuluh terbesar di Malaysia
Bandar ini juga merupakan destinasi pelancongan utama dan pintu masuk yang popular bagi pelancong yang melawat Sabah dan juga Borneo.[5] Taman Negara Kinabalu terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar ini dan terdapat banyak kawasan tarikan pelancong di sekitar kawasan ini. Kota Kinabalu juga merupakan salah satu daripada pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur. Kedua-dua faktor ini menjadikan Kota Kinabalu sebagai salah sebuah bandar yang paling pesat berkembang di Malaysia
Kota Kinabalu merupakan bandar keenam dirasmikan bagi Malaysia di timur pada tahun 2000 dan memerlukan kira-kira 3 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan. Gunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini namanya, berada berdekatan KK, sementara Taman Tunku Abdul Rahman, kawasan perlindungan kehidupan liar, terletak di sini. Sehingga tahun 2010, Kota Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk manakala kawasan daerah Penampang yang juga meliputi kawasan bandar ini mempunyai kira-kira 176,667 orang.[1] Jika dijumlahkan, jumlah populasi metro adalah 628,725. Kota Kinabalu juga merupakan bandaraya ke sepuluh terbesar di Malaysia
Bandar ini juga merupakan destinasi pelancongan utama dan pintu masuk yang popular bagi pelancong yang melawat Sabah dan juga Borneo.[5] Taman Negara Kinabalu terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar ini dan terdapat banyak kawasan tarikan pelancong di sekitar kawasan ini. Kota Kinabalu juga merupakan salah satu daripada pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur. Kedua-dua faktor ini menjadikan Kota Kinabalu sebagai salah sebuah bandar yang paling pesat berkembang di Malaysia
Sejak abad ke-15, kawasan Jesselton berada di bawah pengaruh Empayar Brunei.[9][10] Lewat tahun 1800-an, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) mula menubuhkan jajahan di seluruh Borneo Utara.[11] Pada tahun 1882, Syarikat ini telah mengasaskan sebuah penempatan kecil di kawasan yang dikenali sebagai Teluk Gaya yang didiami oleh suku kaum Bajau.[10] Petempatan pertama adalah di Pulau Gaya.[2] Pada tahun 1897, penempatan pertama ini telah dibakar dan dimusnahkan oleh pejuang kebebasan Bajau, iaitu Mat Salleh
Selepas kemusnahan Pulau Gaya, SBUB memutuskan untuk memindahkan penempatan ke tanah besar yang lebih mudah dipertahankan seperti di Teluk Gentisan (kini Teluk Sepanggar) pada tahun 1898.[12] Walau bagaimanapun, ia didapati tidak sesuai. Pada tahun 1899, Encik Henry Walker, Pesuruhjaya Tanah mengenal pasti tapak 30 ekar (12 ha) sebagai gantian bagi Teluk Gentisan.[13] Sebuah perkampungan nelayan yang dinamakan Api-Api (lihat Nama asal dibawah) telah dipilih kerana kedudukannya yang dekat dengan Perkhidmatan Kereta Api Borneo Utara dan merupakan pelabuhan semula jadi yang dilindungi daripada angin.[2] Pusat pentadbiran yang baru ini dinamakan Jesselton[14] selaras dengan nama Tuan Charles Jessel, yang merupakan Naib Pengerusi SBUB pada ketika itu.
Akhirnya, Jesselton menjadi sebuah pos perdagangan utama Borneo Utara, dengan perdagangan getah, rotan, madu, dan lilin giat dijalankan.[2][15] Keretapi baharu telah digunakan bagi mengangkut barang-barang ke pelabuhan Jesselton.[15] Kebangkitan orang Melayu dan Bajau pada masa itu tidak sangat ketara, dan syarikat juga bekerja keras untuk membanteras ancaman lanun yang telah lama berlaku di rantau ini.
Bandar ini telah dibakar oleh pihak British ketika Perang Dunia Kedua bagi mengelakkan ia daripada jatuh ke tangan Jepun.[10][2] Selepas pengambilalihan Borneo oleh Jepun, ia sekali lagi dinamakan Api. Beberapa pemberontakan terhadap pentadbiran tentera Jepun berlaku di Api. Satu pemberontakan utama yang berlaku adalah pada 10 Oktober 1943 oleh kumpulan yang dipanggil sebagai Gerila Kinabalu yang terdiri daripada penduduk tempatan. Tentera Jepun menghentikan pemberontakan ini selepas pemimpinnya, Albert Kwok, ditangkap dan dihukum bunuh pada tahun 1944
Pada peringkat akhir perang, bandar ini dimusnahkan sekali lagi oleh Tentera Bersekutu dengan pengeboman pada waktu siang dan malam untuk tempoh lebih enam bulan sebagai sebahagian daripada Kempen Borneo pada tahun 1945.[10][2] Aksi ini meninggalkan hanya tiga bangunan yang kekal berdiri.[10][2] Perang di Borneo Utara berakhir dengan penyerahan diri rasmi Tentera Darat Jepun yang ke-37 oleh Leftenan Jeneral Baba Masao di Labuan pada 10 September 1945
Selepas perang tamat, SBUB kembali untuk mentadbir Jesselton tetapi tidak mampu untuk membiayai kos pembinaan semula yang sangat besar. Mereka menyerahkan pengawalan Borneo Utara kepada Mahkota British pada 15 Julai 1946. Kerajaan kolonial baharu telah dipilih bagi membina semula Jesselton sebagai pusat pemerintahan baharu selain daripada Sandakan, yang juga telah dimusnahkan sewaktu perang
Apabila Borneo Utara bersatu dengan Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, negeri ini bertukar nama dan dikenali sebagai Sabah, dengan Jesselton kekal sebagai pusat pemerintahan utama.[10] Jesselton telah ditukar namanya kepada Kota Kinabalu pada 30 September 1968 dan menerima status bandar raya daripada kerajaan Malaysia pada 2 Februari 2000
Kota Kinabalu dinamakan sempena Gunung Kinabalu, yang terletak kira-kira 50 kilometer ke arah timur laut bandar. Kinabalu berasal daripada nama Aki Nabalu. Aki pula bermaksud "datuk" dan Nabalu ialah nama untuk gunung dalam bahasa Dusun.[21] Terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa istilah ini berasal daripada Ki Nabalu; Ki bermaksud "ada" atau "wujud", dan Nabalu bermaksud "semangat orang mati".
Kota ialah perkataan Melayu untuk "kubu", "pekan", atau "bandar". Ia juga digunakan secara rasmi pada beberapa pekan lain di Malaysia, dan juga bandar, sebagai contoh, Kota Bharu, Kota Tinggi, dan Kota Kemuning. Perkataan Kota juga digunakan secara tidak rasmi untuk merujuk kepada mana-mana pekan atau bandar. Oleh itu, terjemahan langsung nama Kota Kinabalu ke dalam bahasa Inggeris ialah "Kinabalu City".