Ibu Negeri Sembilan
Bandaraya Melaka, bandaraya bersejarah merupakan ibu
negeri Melaka, Malaysia.
Bandaraya ini merupakan bandar ke-8 diwujudkan di selatan Malaysia. Bandaraya
ini diisytiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia selain daripada George Town pada 7 Julai 2008. [1]
Bandar sejarah di Malaysia ini hanya terletak kira-kira 2 jam dari Kuala Lumpur
sahaja.
Bandaraya Melaka terletak berhampiran muara Sungai
Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Kawasan bandar bersejarah yang terletak
berhampiran dengan pantai, termasuk Bukit St Paul dengan runtuhan kubu
Portugis, A
Famosa. Bandar Melaka telah berkembang dalam semua arah dari teras
bersejarah ini, termasuk ke selatan (kerana pantai Selat Melaka sekarang agak
lagi ke selatan daripada lokasi asal disebabkan penambakan tanah). Bandaraya
Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain
iaitu - Lisbon,
Portugal
(16 Januari 1984), Kuala Lumpur, Malaysia (15
April 1989), Hoorn,
Belanda (8
November 1989), Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991) dan Nanjing, China (2001).