Jata Negeri Kelantan

Jata Negeri Kelantan

 

Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan Kelantan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan.
Anak bulan dan bintang adalah tanda agama rasmi yakni Islam.Dua laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa
bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Wan Kembang (Che'Siti)
Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas
dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"