Tempat Bersejarah di Negeri Perlis

Tempat Bersejarah di Negeri Perlis


Terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Terdapat enam galeri di muzium ini iaitu Galeri Sejarah yang menceritakan sejarah negeri Perlis, Galeri Arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang, penemuan arkeologi pada zaman protosejarah dan prasejarah di Perlis, Galeri Senjata yang mempamerkan kepelbagaian koleksi senjata, Galeri Kebudayaan memaparkan aspek berkaitan kebudayaan di sekitar negeri Perlis, pelbagai koleksi yang pernah diterima oleh para Menteri Besar Perlis dipamerkan di Galeri Menteri Besar serta Galeri Diraja yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.