Ibu Negeri Perak
Ipoh ialah sebuah bandar
raya bukit yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan
ibu
negeri dan pusat pentadbiran Perak,
Malaysia.
Bandaraya ini terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala
Lumpur dan selatan Pulau Pinang, merupakan bandaraya ketiga terbesar di
bahagian tengah Malaysia selepas Kuala Lumpur dengan perjalanan sepanjang 500
km sahaja untuk ke Kluang,
Pulau
Tioman, Johor
dan Singapura.
Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Dato' Harun Rawi. Ipoh juga
merupakan salah satu bandaraya yang sedang pesat membangun di Malaysia,
terletak di antara Kuala Lumpur dan Pulau
Pinang. Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau
lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan
digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.
Ipoh mendapat status bandar raya pada 27 Mei 1988, oleh
Sultan Perak, Sultan
Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah. Ia terbahagi dua
oleh Sungai Kinta kepada Bandar Baru Ipoh dan Bandar Lama Ipoh. Kini,
"Ipoh" telah berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau
Dewan Bandaraya Ipoh, di mana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil
yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun
dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh.
Keretapi tren ETS Malaysia dari Kuala Lumpur adalah sampai
di Stesen Ipoh terlebih dahulu. Stesen keretapi Ipoh pun merupakan stesen
keretapi bersejarah di Malaysia. Pada zaman ini, perjalanan ke Pulau Pinang dan
Kuala Lumpur adalah mengambil masa kurang daripada 2 jam sahaja untuk sampai di
destinasi melalui keretapi berkelajuan pantas boleh capai 140-160km/j ini.