Tempat Bersejarah di Negeri Kelantan
Istana Balai Besar yang terletak
di Kota
Bharu, Kelantan,
Malaysia
merupakan Istana yang dibina oleh Sultan Muhammad II sebagai Istana dan pusat
pentadbiran yang baru, menggantikan Kota Lama yang berfungsi sebagai pusat
pentadbiran sebelumnya.
Istana Balai Besar kemudiannya telah
menjadi tempat bersemayam beberapa orang Sultan Kelantan iaitu bermula dari
Sultan Muhamad II (1839-1886), Sultan Ahmad (1886-1889), Sultan Muhammad III (1890-1891) dan Sultan Muhammad IV.
Upacara pertama sekali yang diadakan
setelah istana ini siap dibina pada tahun 1845, adalah Istiadat Menyambut Surat
Sejabat atau pengiktirafan daripada Raja Siam kepada Sultan Muhamad II.