Ibu Negeri Sarawak
Kuching atau Bandar Raya Kuching(Jawi:
کوچيڠ) merupakan ibu negeri Sarawak yang
terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan
bagi Bahagian Kuching dan memerlukan 2 jam penerbangan
dari Kuala Lumpur sahaja. Bandar ini terletak di Sungai
Sarawak di hujung barat daya negeri Sarawak di pulau Borneo yang
meliputi kawasan seluas 431 kilometer persegi (166 bt2) dengan
jumlah penduduk sekitar 165,642 di kawasan pemerintahan Kuching Utara dan
159,490 di kawasan pemerintahan Kuching Selatan.[5][6][7]—
jika digabungkan, jumlah kesemuanya ialah 325,132 orang
Kuching ialah pusat pemerintahan ketiga Sarawak pada tahun
1827 pada masa pemerintahan Empayar
Brunei. Pada tahun 1841, Kuching menjadi pusat pemerintahan utama Sarawak
setelah ia diserahkan kepada James
Brooke bagi membantu kerajaan Brunei menamatkan pemberontakan. Bandar ini
terus mendapat perhatian dan pembangunan selama pemerintahan Charles
Brooke seperti pembangunan sistem sanitasi, hospital, penjara, Fort
Margherita, dan bazar. Pada tahun 1941, pemerintahan Brooke merayakan Perayaan
Centenary di Kuching. Selama Perang
Dunia II, Kuching diduduki oleh tentera Jepun dari tahun
1942 sehingga 1945. Jepun mendirikan kem Batu
Lintang berdekatan Kuching untuk menahan dan menyeksa tawanan perang.
Setelah perang tamat, bandar ini tetap masih bertahan teguh. Namun, Rajah
terakhir Sarawak, Sir Charles Vyner Brooke, memutuskan untuk
menyerahkan Sarawak sebagai sebahagian daripada Mahkota
British pada tahun 1946. Kuching tetap menjadi ibu negeri selama tempoh
pemerintahan Mahkota British. Setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1963,
Kuching juga tetap dikekalkan menjadi ibu negeri dan mendapat status bandar
pada tahun 1988. Sejak itu, bandar Kuching dibahagi menjadi dua wilayah
pemerintahan yang dikawal selia oleh dua pemerintah bandar yang berbeza. Pusat
pemerintahan Sarawak terletak di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.
Kuching ialah tarikan utama bagi pelancong dan merupakan
pintu gerbang utama bagi pelancong mengunjungi Sarawak dan Kalimantan.[7]
Taman Negara Tanah Lembap Kuching
terletak sekitar 30 kilometre (19 mi) dari bandar dan terdapat banyak tarikan
lainnya di dalam dan sekitar Kuching seperti Taman
Negara Bako, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Festival Muzik Hutan Hujan Dunia
(RWMF), Dewan Undangan Negeri Sarawak, Astana,
Fort
Margherita, Muzium Kucing, dan Muzium
Sarawak. Bandar ini telah menjadi salah satu pusat perindustrian dan
komersial utama di Malaysia Timur
Sarawak merupakan sebahagian daripada Empayar
Brunei sejak Sultan Brunei yang pertama, Sultan Muhammad Shah. Kuching ialah
pusat pemerintahan ketiga Sarawak, yang didirikan pada tahun 1827 oleh
perwakilan dari Kesultanan Brunei, Pengiran Indera Mahkota.[10]
Sebelum berdirinya Kuching, dua pusat pemerintahan masa lalu Sarawak ialah
Santubong, yang didirikan oleh Sultan Pengiran Tengah pada tahun 1599, dan
Lidah Tanah, yang didirikan oleh Datu Patinggi Ali pada awal tahun 1820-an
Pengiran Muda Raja Hashimit kemudian menyerahkan wilayah ini
kepada pengembara British, James Brooke sebagai hadiah kerana membantunya
menumpaskan pemberontakan di Sarawak ketika itu.[11]
Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan pada bulan November 1840, dan pada 24
September 1841, Brooke diangkat sebagai Gabenor Sarawak dengan gelaran "Rajah".[11]
Ia tidak diumumkan sehingga 18 Ogos 1842 setelah Sultan Omar Ali Saifuddin II mengakui
jawatan gabenor, dan menyatakan bahawa Brooke perlu membayar jumlah tahunan
sebesar $2,500 kepada Sultan.[11]
Sejak itu, Kuching menjadi pusat pemerintahan Brooke
etelah Perang Dunia II tamat, kota ini selamat dan tidak
sepenuhnya musnah.[23] Rajah
Sarawak yang ketiga dan terakhir, Sir Charles Vyner Brooke kemudian menyerahkan
Sarawak kepada Mahkota British pada 1 Julai 1946.[24][25] Selama
tempoh pemerintahan Mahkota British, pemerintah British giat berusaha untuk
mengembangkan dan meningkatkan infrastruktur di Sarawak.[20]
Kuching dpulihkan semula sebagai pusat pemerintahan Sarawak di bawah
pemerintahan Mahkota British.[26]
Ketika Sarawak, bersama-sama dengan Borneo
Utara, Singapura
dan Persekutuan Tanah Melayu, membentuk
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963,[27]
Kuching terus dikekalkan statusnya sebagai pusat pemerintahan dan diberikan
status bandar pada 1 Ogos 1988
Nama "Kuching" sudah digunakan ketika Brooke tiba
pada tahun 1839.[6][13]
Ada banyak teori mengenai asal usul perkataan "Kuching". Ia mungkin
berasal daripada perkataan kucing, atau daripada Cochin, sebuah
pelabuhan perdagangan India di Pantai Malabar dan istilah utama di
China dan British India bagi perdagangan
pelabuhan.[6]
Beberapa artifak Hindu dapat dilihat hari ini di Muzium
Sarawak.[30]
Namun, sumber lainnya melaporkan bahawa Kuching sebelumnya dikenali sebagai
"Sarawak" sebelum Brooke tiba. Pemukiman ini bertukar nama menjadi
"bahagian Sarawak" selama pengembangan kerajaan. Hanya pada tahun
1872, barulah pemukiman ini bertukar nama menjadi "Kuching" semasa
pemerintahan Charles Brooke
Ada satu teori yang tidak berkebarangkalian didasarkan pada
kisah salah pendengaran. Menurut cerita, James Brooke tiba di Kuching dengan
kapal pesiarnya yang digelar "Royalist". Dia kemudian bertanya kepada
pemandu warga tempatan yang membawanya mengenai nama penempatan tersebut.
Pemandu tempatan itu menyangka bahawa James Brooke sedang menunjuk ke arah
seekor kucing, lalu ia mengatakan ia ialah "Kuching". Namun, kaum
Melayu di Sarawak biasanya memanggil kucing sebagai "pusak" dan
bukannya "kucing"
Beberapa sumber juga menyatakan bahawa ia berasal daripada
buah yang disebut "mata kucing" (Euphoria malaiense),[catatan
1][catatan
2] buah yang tumbuh secara meluas di Malaysia dan Indonesia.[32]
Ada juga sebuah bukit di kota itu yang dinamakan sempena buah mata kucing yang
digelar "Bukit Mata Kuching". Sementara itu, seperti yang telah
ditulis oleh seorang wanita British kepada anaknya pada abad ke-19, dinyatakan
bahawa nama itu berasal daripada anak sungai yang dikenali sebagai "Sungai
Kuchin
Sungai itu terletak di kaki Bukit Mata Kuching dan di depan
Tokong Tua Pek Kong. Pada tahun 1950, sungai itu menjadi sangat cetek kerana
endapan lumpur di sungai. Sungai itu kemudiannya ditimbus untuk membuat jalan.
Ada lagi satu teori yang menyatakan bahawa Kuching
sebenarnya bermaksud "Ku" (古) - Lama dan "Ching" (井) -
"Telaga" atau "sebuah telaga tua" (古井) dalam bahasa Cina
selama pemerintahan Brooke. Kerana tidak ada bekalan air di kota itu, penyakit
air pada masa itu menjadi hal yang biasa. Pada tahun 1888, sebuah wabak melanda
kota itu yang kemudiannya dikenali sebagai "Wabak Kolera". Sebuah
telaga yang terletak di atas Jalan Cina pada hari ini di Bazaar Utama membantu
memerangi wabak itu dengan menyediakan bekalan air bersih. Lantaran adanya
peningkatan permintaan untuk bekalan air, peranan telaga itu kemudian
digantikan dengan pemasangan loji rawatan air di Jalan Bau.
Sebagai ibu negeri Sarawak, Kuching memainkan peranan
penting dalam politik dan ekonomi penduduk di seluruh negeri ini. Ia merupakan
kawasan pemerintahan utama kerajaan negeri di mana terletaknya hampir semua
pejabat kementerian dan agensi kerajaan. Dewan Undangan Negeri Sarawak terletak
di hujung bandar Kuching di Petra Jaya. Terdapat tiga Ahli Parlimen (MP) yang
mewakili tiga kawasan parlimen seperti:
Petra Jaya (P.194), Kota Kuching (P.195) dan Stampin (P.196). Bandar ini juga
memilih 8 wakil badan perundangan negeri dari daerah DUN Tupong, Samariang,
Satok, Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, dan Batu Kawah.