Tempat Bersejarah di Negeri Kedah
Jambatan
Merdeka terletak di sempadan Kedah/Pulau Pinang. Jambatan ini siap dibina dalam
tahun 1957 menggantikan jambatan asal (1940) yang dimusnahkan oleh tentera
Jepun pada tahun 1942 merentangi Sungai Muda dan merupakan penghubung di antara
Kedah dengan Seberang Perai, Pulau Pinang. Dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama) dan
dinamakan Jambatan Merdeka.