Ibu Negeri Kedah
Alor Setar (Jawi:
الور ستر, singkatan: AS) atau juga dikenali sebagai Alor Star
pada 2004-2008, ialah ibu negeri Kedah, Malaysia; yang merupakan bandar pentadbiran dan juga
merupakan bandar kedua terbesar di negeri Kedah selepas Sungai
Petani (mengambil alih kedudukan tersebut pada tahun 2010 [3]) ;
antara bandar pentadbiran di pantai barat dan utara Semenanjung Malaysia. Bandar ini menempatkan
Pusat Pentadbiran Negeri Kedah dan Pusat Pentadbiran Daerah Kota Setar iaitu di
Bandar Muadzam Shah dan bandar
diraja Kedah iaitu Bandar Anak Bukit. Kaum majoriti di ibu kota ini ialah
kaum Melayu.
Alor Setar adalah terletak di titik utara Malaysia,
merupakan bandaraya terakhir, lebih kurang 400 kilometer dari Kuala Lumpur
melalui lebuhraya. Bandar Alor Setar ini ditadbir
oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar. Sebagai
pusat pengangkutan di kawasan utara Semenanjung Malaysia, kawasan Alor Setar
ini yang meliputi tanah seluas 666 km2 (persegi) diduduki oleh lebih daripada
300,000 ribu penduduk mengikut banci tahun 2010 yang merupakan salah satu
bandar tertua di kawasan itu.
Alor Setar yang juga merupakan bandar penting negeri Kedah
adalah diantara daripada lima bandar utama di Kedah selain daripada Bandar
Sungai Petani, Bandar
Kulim, Bandar
Jitra dan Bandar
Langkawi. Bandar-bandar ini juga membangun seiring dengan pembangunan yang
ada di Alor Setar.
Alor Setar dihubungkan dengan negeri-negeri di utara
Semenanjung Malaysia dengan sebuah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
yang baru siap dibina pada 2006 yang hanya berkhidmat untuk penerbangan domestik tetapi
turut menyediakan penerbangan antarabangsa hanya untuk jemaah haji, melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu keluar masuk
menerusi plaza tol Alor Setar Utara, plaza tol Alor Setar Selatan dan plaza tol
Alor Setar Hutan Kampong, stesen kereta api di Pusat Bandaraya Alor Setar,
stesen bas Shahab Perdana serta pengangkutan keluar dari tanah besar ke pulau
Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Kedah.
Alor Setar merupakan tempat kelahiran YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia yang keempat. Ramai juga selebriti Malaysia berasal dari sini.