Tempat Bersejarah di Negeri Terengganu
Masjid Abidin atau dahulunya
dikenali sebagai Masjid Putih atau Masjid Besar merupakan masjid
DiRaja negeri Terengganu lama yang dibina oleh Sultan Zainal Abidin II antara 1793 dan
1808. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Abidin atau Masjid Besar,
terletak di Kuala Terengganu, Terengganu,
Malaysia.
Makam DiRaja lama terletak berhampiran masjid ini.
Semasa pemerintahan Sultan Umar, masjid
ini diganti dengan bangunan batu-bata. Tengku Panglima Besar kemudian
meluaskannya dengan tiga tiang bulat dan tiga kubah. Masjid ini diubah suai
lagi bagi memuatkan 2,500 jemaah dalam satu sesi solat.
Pada pintu masuk dan gril terdapat
beberapa ukiran kaligraf ayat suci Al-Quran, doa dan arabesques.