Jata Negeri Pulau Pinang
Pohon Pinang (Areca catechu) ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kebel yang menegakkan tiang tersebut. Dua tiang
ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat kebel pula
menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu,
Cina, India dan lain-lain.
Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima.
Tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara
dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.