Ibu Negeri Kelantan
Kota Bharu (KB) ialah ibu negeri
Kelantan, Malaysia.
Bandar ini mula dibuka pada masa pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844, dan
merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia.
Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai
Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri
Kelantan. Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh
dihubungi melalui lebuh raya terdekat Lebuhraya Pantai Timur dan susur keluar di
Jabor, Kemaman dan meneruskan melalui Jalan Persekutuan 12 ke Kuala Berang dan
Kuala Terengganu dan menuju ke Kota Bharu atau Lebuhraya Utara Selatan di persimpangan Simpang
Pulai yang melalui Tanah Tinggi Cameron menuju ke Gua Musang dan
seterusnya ke Kota Bharu di Jalan Persekutuan 8 . Kota Bharu juga tidak
mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan stesen kereta api terdekat di Wakaf
Bharu 5 kilometer ke utara Kota Bharu.
Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan
pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir
Mas, Tumpat,
Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai,
Machang, Tanah
Merah, Jeli dan
Gua Musang.