Ibu Negeri Pulau Pinang

Ibu Negeri Pulau Pinang

George Town (juga disebut sebagai "Tanjung" dan "Town" oleh masyarakat tempatan) ialah bandaraya metropolitan Pulau Pinang, Malaysia yang tertua selepas Melaka serta ibu negeri kepada Pulau Pinang di timur lautnya. George Town juga disambung dengan feri dan jambatan ke Butterworth dan Ipoh berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan tanah air. Ibu negeri ini juga merupakan bandaraya pertama di Malaysia. Majlis Bandaraya George Town diberi nama Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Sekarang, George Town pun telah menjadi bandaraya lama negara separti Bandaraya Melaka.
Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light dan dimodenkan oleh Tun Dr. Lim Chong Eu, George Town mempunyai bilangan penduduk melebihi 500,000 orang[perlu rujukan], menjadikannya bandar raya terbesar di utara Malaysia dan bandaraya wilayah utara. Bandar-bandar satelit George Town termasuklah Air Itam, Bayan Lepas, Glugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah. Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang termasuklah Butterworth, Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Sungai Bakap di Seberang Perai. Zon Metropolitan Georgetown merangkumi sebahagian daripada kawasan selatan Kedah kerana negeri Pulau Pinang adalah kecil (1048 km2 ), iaitu hanya hampir separuh daripada keluasan Daerah Johor Bahru iaitu 1816 km2. Terdapat juga hotel-hotel berada di tepi pantai untuk bermandi-manda di Pulau Pinang.
George Town juga diumumkan sebagai Bandar Tapak Warisan Dunia di Malaysia oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan cuti negeri diamalkan serupa Melaka bagi menggantikan cuti Hari Kelahiran TYT Yang Dipertua Negeri yang jatuh pada hari Sabtu setiap tahun. Terminal bas 'Rapid' turut terletak di sini. Kaum majoriti di ibu negeri ini ialah kaum Cina. George Town juga merupakan tempat pelancongan orang barat sampai ke Batu Feringgi. Bilangan Sekolah Menengah Cina paling banyak di Malaysia juga terletak di George Town.
George Town dianggarkan menjadi bandar raya pesara di dunia kerana mengumpulkan warga daripada kalangan pesara yang duduk berehat menikmati pemandangan dan sejarah tempatan atau yang ingin mengambil kesempatan dalam perniagaan di sini kerana potensi global yang disediakan oleh bandar raya ini.
Georgetown pernah menjadi bandar raya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Sebelum 1 Januari 1957, Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang telah diwujudkan di bawah peruntukan Ordinan Perbandaran Negeri-negeri Selat (Capt.133) dan Enakmen Lembaga Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Capt.137). Status Bandar Raya telah diberikan kepada George Town (Royal Charter By Queen Elizabeth II Sovereign of United Kingdom) pada 1 Januari 1957.
Pada 1 Januari 1974, Pihak Berkuasa Negeri (Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan, Peruntukan-peruntukan Sementara 1973) telah mengisytiharkan percantuman Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang lalu dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan. Seterusnya pada 15 Disember 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Pulau Pinang telah digantikan dengan nama Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang telah bersetuju pada 25 Jun 2010 agar Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang berpandukan peruntukan bawah seksyen 4(2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Sehubungan dengan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan meluluskan cadangan persempadanan baru kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Dengan itu, pada 28 Mac 2013 Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 4(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya secara pemberitahuan melalui Warta bahawa sempadan kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang diubah dengan menambah kawasan tebus guna.
Pada asalnya, penduduk Melayu yang menjadi penetap awal Georgetown memanggil kawasan ini sebagai "Tanjung Penaga". Dipercayai nama Tanjung Penaga ini berasal daripada tumbuhan penaga laut (Calophyllum inophyllum), yang juga dikenali sebagai Alexandrian Laurel. Pokok penaga laut dipercayai pernah tumbuh meliar di kawasan itu suatu ketika dahulu.[8][9]
Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Georgetown merupakan bandar raya ketiga terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Johor Bahru dan ia terletak di dalam Zon Metropolitan Georgetown yang juga merupakan zon metropolitan kedua terbesar di Malaysia yang terletak di utara tanah air. Georgetown terletak di timur laut Pulau Pinang, dan merupakan sebuah tanjung yang dipisahkan dengan Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia oleh Selat Utara. Di bahagian barat Georgetown terdapat kawasan berbukit, di mana terletaknya Bukit Bendera, puncak tertinggi di Pulau Pinang. Di bahagian utara pula terdapat pantai-pantai berpasir seperti Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi.