Pengenalan Produk
Projek PIM (Peta Interaktif Malaysia) ialah produk inovasi yang dihasilkan oleh kumpulan Innovator yang terdiri daripada Mohd Syah Ryzan Bin Abdullah, Muhammad Hafiz Bin Mohamad dan Nur Athirah Binti Mohamad Rosdi. Produk ini dihasilkan untuk melengkapkan keperluan kursus SJHK3052 (Inovasi Digital) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan major Sejarah.
Matlamat Projek
1.
Penggunaan
hasil inovasi tidak terhad kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Sejarah sahaja
· Hasil inovasi
ini boleh digunakan oleh semua individu, tidak semestinya oleh guru
Sejarah sahaja.
· Projek
dihasilkan berdasarkan kepentingan DSKP Sejarah Tahun 6 tetapi turut merangkumi
aspek lain yang lebih meluas bagi mendedahkan setiap individu mengenai
negeri-negeri di Malaysia.
2. Penggunaan unsur
TMK
· Perisian atas
talian seperti Aurasma dan QR Code diaplikasikan dalam inovasi
ini seiring dengan hasrat kerajaan supaya guru menggunakan kaedah pengajaran
yang terkini.
· Dengan
meletakkan soalan kuiz serta penerangan dalam QR Code, secara tidak langsung
penjimatan terhadap kos percetakan dapat dibuat.
3. Rangsangan
deria
·
Warna-warni
·
Kepelbagaian
aktiviti
·
Penggunaan
interaktif maya dalam pembinaan peta
4. Kaedah bermain.
·
Guru boleh
mengadakan pertandingan antara kumpulan murid di dalam kelas.
·
Murid akan
lebih tertarik untuk mengikuti topik pembelajaran guru.
5. Menonjolkan
keunikan setiap negeri
·
Bendera negeri
·
Tokoh
·
Keistimewaan -
identiti/ tempat bersejarah
·
Kerajaan Melayu
Awal
6. Memupuk
perasaan cinta akan Malaysia
Jenis Peralatan dan Sumber yang diperlukan
·
Mounting board
·
Kertas Warna
·
Peta
Malaysia
·
Buku Teks Sejarah Tahun 6
·
DSKP Sejarah Tahun 6
·
Perisian :
- Aurasma
- Kahoot!
- Metaverse
- QR Code
Kerelevanan Fungsi Hasil Projek dengan
Keperluan Kurikulum Subjek Sejarah
Projek inovasi
ini dihasilkan berdasarkan tiga tunjang utama dalam Dokumen Standard Kurikulum
Pentaksiran Sejarah Tahun 6 iaitu standard kandungan, elemen kewarganegaraan
dan nilai sivik (Rujuk Rajah 1).
Rajah 1: Tiga
Tunjang Utama Penghasilan Projek Inovasi Berdasarkan DSKP Sejarah