Tempat Bersejarah di Negeri Pahang
Muzium Sultan Abu Bakar ialah
sebuah muzium
di Pekan, Pahang, Malaysia yang
memiliki himpunan barang-barang sejarah yang kaya. Terletak di Jalan Sultan
Ahmad, muzium ini mempamerkan barang-barang antik yang termasuk banyak
barang-barang China
kuno yang diperbuat daripada kaca dan tembikar, serta barang-barang yang berkaitan dengan sejarah semula
jadi, arkeologi,
etologi, dan raja.
Sejarah Pahang, khususnya yang berkenaan
dengan raja-raja kunonya, didokumenkan dengan baik dalam muzium ini. Bangunan
muzium ini adalah tempat kediaman Residen
British yang pertama di Pahang, dan bertarikh 1880-an. Sejak
masa itu, bangunan ini telah digunakan sebagai ibu pejabat Angkatan Tentera Jepun semasa
pendudukan Jepun dan kemudiannya, sebagai Istana rasmi al-Marhum Sultan Abu
Bakar.